Header Ads

Lelaki saman Google kerana rakam dan siar gambarnya sedang kencing di depan rumah

WarkahDaily -- Seorang lelaki berusia 50 tahun yang tinggal di wilayah Maine-et-Loire iaitu kawasan pendalaman barat laut Perancis, telah bertindak menyaman Google kerana penyedia enjin carian terkenal itu telah merakam dan menyiarkan gambar lelaki berkenaan yang sedang kencing di depan rumahnya di internet.

Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan ditertawa oleh jiran-jiran di kawasan tempat tinggal kerana mereka dikatakan dapat mengecam wajah pemilik gambar yang disiarkan Google itu walaupun ianya dikaburkan.

Menurut agensi berita AFP, gambar yang memalukan lelaki berkenaan telah dirakam enjin carian berkenaan melalui sebuah aplikasi ‘Google Street View’ melalui kereta berkamera Google pada November 2010.

Sebelum ini, penulis WarkahDaily (WD) pernah menyiarkan sebuah laporan menyebut, Google mengumpul data sulit secara haram semasa membuat pemetaan jalan untuk khidmat Street Viewnya di Korea Selatan.

Selain membuat pemetaan jalan, turut terkumpul ialah cebisan-cebisan maklumat peribadi yang diambil melalui sistem Wi-Fi secara tidak sengaja, termasuklah foto-foto yang tidak diingini juga turut ‘terambil’ secara tidak sengaja. [Rujuk di sini]

Berikutan gambar memalukan itu, lelaki berkenaan telah menuntut ganti rugi berjumlah 10,000 euro (RM40,000) dari Google selain meminta enjin carian berkenaan membuang gambarnya yang memalukan itu dari internet.

“Setiap orang ada hak terhadap satu tahap kerahsiaan,” kata peguamnya, Jean-Noel Bouillard.

p/s: Nasib baik di negara kita masih belum ada lagi aplikasi berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.