Header Ads

Macamana nak didik rakyat jadi baik kalau pemimpin pun teruk

WarkahDaily -- Bagaimana mahu ajar rakyat jadi baik, mahu rakyat jauhi rasuah, mahu rakyat hinder masalah sosial, mahu rakyat jadi beramanah tapi dalam masa yang sama, pemimpin negara tidak kurang hebat juga terlibat dengan bermacam-macam skandal rasuah, sosial, tidak amanah, kebas wang rakyat dan sebagainya.


Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz
Ketika Persatuan Bola Sepak sepak Malaysia (FAM) sibuk menangani gejala rasuah dalam kem bola sepak, dalam masa yang sama pula, di pihak kerajaan gejala rasuah berleluasa. Malahan lebih teruk lagi termasuk salahguna wang dana jutaan ringgit dalam skandal penternakan lembu fidlot NFC yang kini dalam siasatan polis, projek lebuhraya berbilion ringgit hanya yang diberi secara terus kepada syarikat tertentu sahaja dan banyak lagi salah laku dan salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

Itu di peringkat persekutuan, bagaimana pula di peringkat negeri, contohnya apa yang berlaku di Terengganu, stadium yang baru sahaja dibina dan sempat untuk sekali kejohanan sahaja, tapi dah pun runtuh bumbungnya [Baca sini]. Bagaimana pula projek ‘gajah putih’ yang didakwa berlaku di Perak di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Diraja Dr Zambry Kadir [Baca sini].

Jadi, bagaimana pemimpin sebegini mahu mendidik rakyat menjadi orang yang baik sekiranya pemimpin sendiri tidak mempamerkan sikap sedemikian. Mahu rakyat jauhi rasuah tapi pemimpin terpalit dengan skandal rasuah jutaan ringgit.

Pendakwah tersohor, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz mempersoalkan, bagaimana mahu menjadi rakyat baik jika pemimpin tidak baik.

“Macam mana mahu menjadikan rakyat yang baik sekiranya pemimpin sendiri tidak mempamerkan sikap sedemikian,” kata Ustaz Abu Hassan yang dipetik dari Harakahdaily.

Beliau berkata, ramai pemimpin bercakap mahu rakyat hidup dalam keadaan baik dan aman sentosa, namun tindak tanduk pemimpin tidak mencermin ke arah itu.

“Apabila kita berjaya menjana insan yang sempurna barulah keselamatan kehidupan manusia akan lebih terjamin,” katanya pada kuliah perdana sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di Medan Ilmu di Kota Bharu, pagi kelmarin.

Ustaz Abu Hassan berkata, sebelum ini ada pemimpin negara sering bercakap mengenai modal insan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kekuatan dalaman. Tapi pemimpin sendiri telah merosakkan modal insan secara langsung dengan amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan sebagainya.

Sebenarnya, pemimpin sebeginilah yang merosakkan masyarakat dengan pelbagai gejala yang tidak beretika. Selagi adanya pemimpin yang berkepentingan diri sendiri ini, selagi itulah masyarakat negara ini tidak akan dapat dibentuk menjadi masyarakat beramanah dan beramalan baik dan sihat.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.