Header Ads

Malaysia Tigers dan Malaysia Leopards tampil cemerlang, tempah slot ke separuh akhir Piala Axiata


Juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli berjaya menewaskan pemain ranking ke-292 dunia, Nguyen Hoang Nam 21-19, 16-21, 21-14.
Malaysia Tigers dan Malaysia Leopards tampil cemerlang apabila menempah slot ke separuh akhir Piala Axiata hari ini setelah berjaya menundukkan lawan masing-masing, walaupun masih berbaki satu lagi perlawanan peringkat kumpulan hari ini.

Tiket awal separuh akhir terlebih dahulu disahkan skuad Malaysia Leopards selepas mengetepikan Vietnam 2-1 pada aksi kedua kumpulan K.

Dimulakan dengan aksi pertama, Misbun Ramdan Misbun bagaimanapun gagal menghadiahkan mata buat negara apabila tunduk kepada Nguyen Tien dengan catatan 10-21 dan 15-21.

Namun kekalahan Misbun Ramdan ditebus gandingan Ow Yao Han-Chooi Kah Meng yang berjaya menun­jukkan jalan keluar kepada beregu Vietnam, Bui BangDuc-Dao Manh Thang dengan straight set 21-8, 21-8.

Aksi perseorangan kedua, bertemu dengan pemain ranking ke-292 dunia, Nguyen Hoang Nam bukan jaminan untuk Zulfadli Zulkifli berasa selesa apabila hampir hilang fokus di set kedua dan dibawa ke set penentuan dengan catatan 21-19, 16-21, 21-14 sekali gus menutup mulut pengkritik dengan membuktikan kemenangan.

“Saya yakin untuk menang hari ini (semalam) tetapi ia lebih sukar daripada apa dijangka kerana Hoang Nam juga bermain dengan baik.,” katanya sejurus tamat perlawanan semalam.

Hari ini, skuad negara berdepan laluan sukar kerana akan bertemu dengan Indonesia Garuda yang mana rata-rata pemainnya terdiri daripada atlet ternama republik itu iaitu Taufik Hidayat, Sony Dwi Kuncoro dan gandingan Hendra Setiawan Markis Kido.

Namun berita mendukacitakan buat skuad negara di Jakarta, apabila bapa kepada Yao Han meninggal dunia petang semalam dan perkara ini disahkan sendiri Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia, Kenny Goh dan urusan penghantaran pulang pemain itu sedang dilaksana.

Di Stadium Badminton Cheras, mata pertama negara diperoleh daripada pemain perseorangan pertama negara, Muhammad Hafiz Hashim.
Dikuasakan oleh Blogger.