Header Ads

Malaysiaku negara Islam: Hukuman beraksi ghairah denda RM25 je?

SEREMBAN: Tiga wanita didenda RM25 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi mengghairahkan di sebuah pusat hiburan di sekitar Nilai, Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24; Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan pakaian dan aksi mengghairahkan serta berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pusat hiburan di Putra Nilai, Nilai, kira-kira jam 2.20 pagi, 24 Mac lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari. -Sinar Harian

WarkahDaily -- Imam Hoslan Hussin telah dihukum penjara setahun oleh mahkamah kerana membaling kasut ke arah hakim Mahkamah Persekutuan disebabkan kesal dengan laporan penyelewengan yang didakwa berlaku di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan tidak mendapat perhatian.

Dikuasakan oleh Blogger.