Header Ads

Mawi dan Ekin pilih ‘Cahaya Malaika’ nama anak sulung mereka

Selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu, -Mawi

WarkahDaily – Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani dikatakan telah bersetuju untuk memilih ‘Cahaya Malaika’ sebagai nama puteri sulungnya itu selepas ianya selamat dilahirkan kelmarin di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi.


Budak yang dipangku Ekin bukan anaknya. | foto Rotikaya
Sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan, Gua.com.my, Mawi memberitahu, ‘Cahaya Malaika’ itu dipersetujui olehnya bersama isteri, Ekin atau nama sebenarnya, Nor'ashikin selepas mendapat tahu Ekin hamil anak perempuan.

“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam (kelmarin), saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu,” jelas Mawi.

Belum mahu dedah wajah anak

Ketika ramai peminat mahu melihat wajah puteri sulung Mawi dan Ekin, namun Mawi yang baru sahaja bergelar bapa selepas tiga tahun menunggu tetap dengan pendiriannya untuk menangguh buat sementara waktu kerana dikatakan beliau dan isteri tidak selesa mendedahkan wajah ‘Cahaya Malaika’ buat masa ini kepada peminat.

“Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai,” beritahu Mawi.

Namun, Mawi memberitahu beliau mungkin akan mendedahkan wajah anak sulung itu kepada umum ketika kenduri kesyukuran yang akan dibuat nanti.

“Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti,” kata Mawi lagi.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.