Header Ads

Najib akui sisa buangan dari kilang Lynas berbahaya kepada penduduk


Pengumuman kerajaan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk adalah bukti bahawa kerajaan sebenarnya menyedari sisa berkenaan adalah berbahaya.

Menurut Ketua Biro Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar, ini adalah di sebalik dakwaan perdana menteri bahawa keputusan untuk memindahkan sisa berkenaan tidak ada kena-mengena dengan tahap kebahayaan.

"Jika sisa ini tidak berbahaya, maka tidak ada keperluan untuk memindahkan lokasinya ke tapak lain. Kenyataan (perdana menteri) ini menunjukkan bahawa kerajaan memang menyedari akibat ketoksikan sisa Lamps.

"PAS percaya kenyataan PM hanya retorik politik untuk menyembunyikan salah guna kuasa dalam membuat keputusan terburu-buru yang membahayakan keselamatan rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, jika sebegitu selamat seperti yang didakwa, lokasi terbaik bagi membuang sisa toksid itu adalah di padang pasir Australia yang luas dan tidak berpenghuni.

"Hakikat bahawa pihak berkuasa Australia sendiri tidak mahu menerima sisa toksik ... mengesahkan bahawa ia adalah sangat bahaya," katanya.

Beliau menambah bahawa cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya sisa berkenaan dihantar semula ke Australia juga menimbulkan beberapa soalan.

"Kenapa tidak beliau mempersoalkan pengurusan sisa dan pelupusan toksid awal? Mengapa timbulkan perkara ini selepas lesen operasi sementara diberikan?" soalnya.

Menurut Zulkefly, PAS dan NGO alam sekitar akan menunggu maklum balas kerajaan mengenai perkara itu, atau tidak mereka akan menganjurkan Himpunan Hijau 3.0".

"Kami juga akan mendedahkan siapa di belakang (keputusan membenarkan Lynas untuk beroperasi di Malaysia)," katanya.

Selepas perhimpunan anti-Lynas Himpunan Hijau 2.0 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di Kuantan, Najib memberi alasan keputusan pemindahan itu setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.

Sumber: Malaysiakini.com
Dikuasakan oleh Blogger.