Header Ads

Najib bagus: Bagi kat kroni RM589 juta, bagi kat rakyat BR1M RM500 aje

WarkahDaily – Memang bertuah rakyat Malaysia kerana mempunyai kerajaan yang tersangat ‘prihatin’ dan memahami denyut nadi rakyat sehingga sanggup mengeluarkan sejumlah duit untuk diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500.

Memang berbangga sakan penduduk luar bandar ‘digula-gulakan’ dengan RM500, memang prihatin sangat-sangat dah kerajaan Umno-BN. Mana ada kerajaan sebaik kerajaan Umno-BN yang mengagihkan RM500 kepada rakyat.

Kerana RM500 tu, rakyat dipaksa mendengar pemimpin Umno ‘menyerang’ pemimpin Pakatan Rakyat. Berjam-jam rakyat kena tunggu ceramah pemimpin Umno semata-mata RM500.

Tanpa disedari rakyat, senang-lenang kroni pemimpin Umno-BN dapat RM589 juta tanpa perlu dengar ceramah meraban dari pemimpin Umno. Bukan RM500 tapi RM589 juta, bukan ratus tapi juta. Tahu ke rakyat juta tu apa? Pernah pegang duit sebanyak itu?

Tapi itulah realiti di Malaysia. Rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja tapi kroni dan orang-orang di sekeliling pemimpin Umno dapat juta-juta ringgit.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Malaysiakini berkaitan pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad (gambar kiri) yang dipetik dari Harakahdaily.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.