Najib perlu ambil perhatian teguran Peguam Negara persoal perjanjian Lebuhraya Pantai Barat


Laporan eksklusif oleh akhbar harian berbahasa Inggeris Malay Mail pada Isnin lepas, memetik Abdul Gani sebagai berkata syarat-syarat perjanjian untuk projek lebuhraya berkenaan tidak mencerminkan kepentingan awam.
Menurut laporan itu, sumber kerajaan memberitahu akhbar berkenaan, bahawa Abdul Gani kurang senang dengan terma-terma yang dikatakan banyak memihak kepada syarikat konsesi lebuh raya, WCE Sdn Bhd, yang dimiliki sebuah anak syarikat Europlus Bhd yang memegang 64.2 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Menurut sumber yang dipetik dalam laporan itu lagi, "walaupun ada tekanan hebat supaya dokumen-dokumen perjanjian segera dimeterai, Peguam Negara memaklumkan kepada pihak berkepentingan yang beliau mahu terma perjanjian itu dikaji semula".
Mengulas laporan itu, Pua menuntut Najib memberikan jawapan menjelasakan mengapa kerajaan mendesak konsesi WCE itu dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus melalui rundingan terus yang telah menyaksikan kos projek berkenaan melambung naik.
Sumber: Malaysiakini.com
Post a Comment