Nalla, Utusan bakal disaman RM100 juta

“Kenyataan Nallakaruppan (yang juga presiden parti India Bersatu Malaysia (MIUP) satu pembohongan. Ia juga satu tuduhan serius terhadap seorang pemimpin Muslim.
“Selain saman RM100 juta, kami mahu Nallakaruppan dan Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR ketika dihubungi.
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sidang akhbar Nallakaruppan semalam.
Menurut beliau, laporan Utusan Malaysia yang diterbitkan pada muka depan akhbar melanggar prinsip kewartawanan.
“Utusan harus membuat laporan secara adil dan bukan laporan berunsur pembohongan,” kata Surendran.
Di samping itu, peguam tersebut turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat berikutan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.
“Najib bertanggungjawab kerana Utusan ialah organ Umno dan Najib ialah presiden Umno,” tambah Surendran.
Beliau menambah bahawa tindakan menyaman akan diteruskan sekiranya Nallakaruppan dan Utusan Malaysia tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan dan laporan tersebut.
Sumber: freemalaysiatoday.com
Post a Comment