Header Ads

Namewee cipta video klip kutuk projek Lynas


WarkahDaily -- Pengarah dan pelakon kontroversi, Namewee telah mencipta sebuah video klip memaki hamun syarikat Lynas dalam bentuk nyanyian sebagai tanda bantahan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia di Gebeng, Kuantan.

Rakaman video klip selama 3.41 minit itu telah dimuat naik ke laman Youtube dengan berlatar belakang kawasan pembinaan kilang Lynas dan suasana demontrasi Hijau 2.0 baru-baru ini. Rakaman berkenaan diberi tajuk ‘Namewee F*ck Lynas’ dan lagu dinyanyikan dalam bahasa Inggeris sambil diselangi dengan kata-kata cacian dan menghalau syarikat dari Australia itu dari bumi Malaysia.

Video klip berkenaan dipenuhi dengan cacian terhadap syarikat dari Australia itu sambil tarian Namewee bersama rakannya dan memperlihatkan seolah-olah sedang ‘meliwat’ seekor patung kangaroo, mungkin sebagai simbolik kepada negara pemilik kilang Lynas.

Video klip Namewee mengutuk syarikat Lynas



--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.