Header Ads

Panas! Terbongkar sudah siapakah YB yang ditahan di pusat hiburan

WarkahDaily -- Berikutan tersiarnya laporan berita seorang wakil rakyat Adun Melaka telah ditahan bersama-sama 27 orang yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka baru-baru ini [Baca sini], ramai membuat andaian siapakah wakil rakyat yang ditahan itu.

Sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh edisi cetak bertarikh 26hb Mac 2012 dilaporkan telah membuat pembongkaran siapakah wakil rakyat bergelar YB yang ditahan itu.

Para blogger pro Pakatan Rakyat turut tidak ketinggalan membuat 'penyiasatan' membongkar siapakah YB berkenaan.

Akhirnya dalam blog erapasca.com mendakwa, wakil rakyat yang di tangkap sebagai pelanggan kelab malam itu ialah seorang YB dari Barisan Nasional (BN) iaitu Adun RIM dalam parlimen Jasin.

Apa yang mengejutkan menurut blog berkenaan, wakil rakyat berkenaan merupakan Timbalan pengerusi Hal Ehwal Islam negeri Melaka (timbalan exco agama).

Dakwa blog itu lagi, wakil rakyat itu juga banyak menyandang jawatan antaranya Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jasin, AJK Perhubungan negeri Melaka selain terlibat dengan Belia 4B dan menjadi Pengerusi Bola Sepak Melaka.

Kelmarin, PAS Melaka menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendedahkan siapakah YB yang ditahankan itu. PAS memberi tempoh seminggu untuk Ali Rustam mendedahkannya siapakah YB yang terlibat dengan gejala tidak sihat itu [Baca sini].

Apa yang menyedihkan, menurut laporan dalam Sinar Harian baru-baru ini, YB yang memegang portfolio timbalan exco agama itu menjadi pelanggan kepada kelab malam yang disertai para pelayan daripada wanita tempatan dan warga asing.

Sungguh memalukan jika dakwaan itu benar. Bagi penulis WarkahDaily (WD), inilah gambaran jelas bagaimana rosaknya integriti yang ditonjolkan oleh Umno-BN yang dikatakan memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Apa yang pasti, golongan sebegini merupakan makhluk perosak yang bakal meruntuhkan moral masyarakat negara kita.

Lebih memeranjatkan lagi, antara yang ditahan itu, sebahagiannya didapati positif dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri. Jangan jadi, "harapkan pagar, pagar makan padi".

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.