Header Ads

Payudara wanita meletup ketika perlawanan gusti lumpur

WarkahDaily -- Payudara seorang wanita meletup ketika beliau mengambil bahagian dalam pertandingan gusti lumpur untuk sebuah rancangan TV realiti.

Lina (gambar), 24, berkata implan payudaranya terasa pecah ketika dia bergelut dengan wanita lain dalam cabaran realiti "Ratu Hutan".

Lina merupakan salah seorang daripada 10 peserta yang bertanding di dalam rancangan TV Sweden yang melihat para peserta turun di tengah-tengah hutan untuk menghadapi satu siri cabaran.

Menurut sumber, wanita berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital di Sweden dengan menggunakan helikopter oleh kakitangan produksi rancangan realiti "Djungelns Drottning" kerana bimbang dengan keadaan Lina dan kini beliau sedang menunggu pembedahan implan untuk dimasukkan semula.

Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.

“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, seorang wanita British turut berdepan implan payudaranya meletup selepas terkena tembakan paintball.

Implan wanita berumur 26 tahun itu pecah selepas tembakan paintball yang berkelajuan 190 mph terkena payudaranya.
Dikuasakan oleh Blogger.