Header Ads

Pengendali Chelsea Villas-Boas dipecat


Tidak sampai setahun di Stamford Bridge, Villas-Boas kini dipecat dari mengendalikan kelab Chelsea. | foto Reuters
Andre Villas-Boas, 34 telah dipecat oleh Chelsea kurang 24 jam selepas menyaksikan kekalahan 0-1 kepada West Brom.

Kekalahan tersebut mengakibatkan The Blues kekal di tangga ke-5 dengan 46 mata – ketinggalan 3 mata berbanding Arsenal di tangga ke-4 liga.

Chelsea juga mengumumkan penolong pengurus, Roberto Di Matteo akan mengambil alih menjaga pasukan sehingga akhir musim ini.

Menurut kenyataan laman web kelab Chelsea, “Pihak pengurusan kelab meluahkan penghargaan di atas kerja kerasnya sepanjang berada di sini serta kecewa kerana hubungan berakhir dengan cepat.

“Malang sekali keputusan dan prestasi pasukan tidak memuaskan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada saat-saat penting ini.

“Pasukan masih beraksi dalam Liga Juara-Juara, Piala FA selain berusaha untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Dengan itu, kami mengambil langkah ini untuk melakukan perubahan segera.

“Roberto Di Matteo dilantik menjadi jurulatih pasukan utama sehingga tamat musim ini dengan serta merta”.
Dikuasakan oleh Blogger.