Header Ads

Perompak barang Ashraf penuntut Malaysia di London dihukum penjara

LONDON: Dua lelaki yang berlagak seperti mahu membantu penuntut Malaysia, Ashraf Haziq Rossli, ketika rusuhan terburuk di London tahun lalu, berdepan dengan hukuman penjara.


Ashraf (duduk) kena rompak ketika rusuhan terburuk di London tahun lepas.
Ashraf baru beberapa bulan berada di Britain, apabila dia ditolak ke tanah dan dipukul pada kejadian 8 Ogos, tahun lalu.

Sebaik saja ditumbuk, dan basikalnya dicuri, John Kafunda, 22 dilihat (melalaui rakaman kamera) mengangkat Ashraf dan seolah membantunya keluar dari bahaya.

Tetapi beberapa saat selepas itu, dia dan Reece Donovan, 22 menyelongkar beg sandang mangsa dan mencuri alat Playstation dan 10 permainan, bernilai 500 pound (RM2,400).

Rakaman gambar itu dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan di rangkaian berita menyebabkan kemarahan orang ramai.

Kedua-duanya dijatuhkan hukuman sebulat suara oleh juri di Mahkamah Green Crown di London atas dakwaan merompak dan menyebabkan keganasan di mana Donovan juga didakwa mencuri di kedai Tesco.

Kafunda dan Donovan akan menjalani hukuman pada 13 Mac.

Ketika juri, yang terdiri daripada lima wanita dan tujuh lelaki menyerahkan keputusan mereka, Kafunda dan Donovan dilihat menggelengkan kepala dan merungut.

Sewaktu Kafunda, dari Eastwood Road di Ilford dibawa keluar dari mahkamah, dia menjerit, “Anda semua menghukum lelaki yang tidak bersalah. Tahniah!”

Sumber: Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.