Header Ads

Piala AFC: Terengganu menang 1-0 ke atas wakil Vietnam, Song Lam


Abdul Manaf meraikan jaringannya bagi membantu Terengganu mengutip tiga mata penuh ketika perlawanan menentang wakil Vietnam, Song Lam Nghe An di Stadium Vinh, semalam.
WarkahDaily – Terengganu memulakan kempen Piala AFC dengan kemenangan 1-0 ke atas juara Vietnam, Song Lam Nghe An dalam kumpulan F di Stadium Vinh, Vietnam, semalam.

[Tonton sedutan video jaringan Manaf Mamat di bawah artikel]

Gol tunggal juara Piala FA itu dijaringkan oleh penyerangnya, Abdul Manaf Mamat di separuh masa kedua pada minit ke-51.

Abdul Manaf ditukar jaringan tunggal Terengganu ke atas lawan sebagai pemenang FA Piala Malaysia Terengganu memulakan kempen Piala AFC mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Vietnam juara Song Lam Nghe An dalam Kumpulan F pada Selasa.

Kelab dari Vietnam, Song Lam itu pernah sampai ke pusingan 16 pada kejohanan tahun lepas selepas menjadi juara kumpulan sebelum tewas kepada kelab dari Indonesia, Persipura.

Dalam perlawanan semalam, Song Lam dilihat lebih mendominasi perlawanan namun gagal mengambil manfaat lima peluang keemasan di depan pintu gol Terengganu.

Selepas enam minit perlawanan di babak kedua bermula, wakil Vietnam itu dikejutkan dengan gol cantik penyerang Terengganu, Abdul Manaf yang meluru laju ke arah bola hasil hantaran lambung Francis Forkey Doe dari luar kotak penalti.

Peluang paling berharga Terengganu itu dimanfaat sepenuhnya oleh Manaf yang bijak menolak tinggi bola jauh melangkaui penjaga gol Song Lam, Tran Nguyen Manh.

Terkejut dengan jaringan cantik Manaf itu, pemain Song Lam berusaha mencari gol penyamaan namun mereka tidak bernasib baik sehingga wisel penamat dibunyikan dengan kemenangan memihak kepada Terengganu.

Terengganu membawa pulang tiga mata berharga sebelum bakal menerima kunjungan wakil dari Hong Kong, Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 20 Mac nanti.

Sedutan video jaringan kemenangan Terengganu dari Abdul Manaf Mamat.



--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.