Header Ads

Piala Axiata: Pelapis negara, Malaysia Leopards benam Singapura 3-0

Wakil negara, Malaysia Leopards yang dibarisi pelapis negara, memulakan langkah kanan di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta apabila cemerlang menundukkan Singapura, 3-0 pada aksi pusingan pertama, kumpulan J Piala Axiata, semalam.

Perseorangan pertama dimulakan Misbun Ramdan Misbun yang bertemu Robin Gonansa. Set pertama Misbun tumpas 20-21, namun bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang mudah 21-12 di set kedua dan memang 21-19 untuk menghadiahkan mata pertama negara.

Menambah ceria gandingan Ow Yao Han-Chooi Kah Meng turut tampil agresif walaupun terpaksa bertarung tiga set dengan catatan kemenangan, 21-14, 15-21, 21-19.

Kemenangan sudah tentu milik pasukan negara, sebelum juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli melengkapkan kemenangan tanpa kalah dengan menundukkan Huang Chao, 17-21, 21-16, 21-16.

Hari ini, pasukan Malaysia Leopards akan bertemu Vietnam bagi aksi kedua kumpulan.
Dikuasakan oleh Blogger.