Header Ads

Piala FA: Kelantan menang selesa ke atas SPA FC

WarkahDaily -- Naib juara Piala FA musim lalu, Kelantan berjaya menundukkan wakil tunggal dari Liga FAM, SPA FC 3-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Namun, Kelantan terpaksa menunggu penghujung di separuh masa pertama untuk memecah kebuntuan gol pertama apabila ketua pasukan, Badhri Radzi meletakkan pelawat di depan pada minit ke-45.

Di separuh masa kedua, Mohd Norfarhan meletak Kelantan selesa di depan apabila mencipta dua gol peribadinya dalam perlawanan itu di minit ke-56 dan 81.

Dengan kemenangan itu, Kelantan memperolehi bekalan selesa untuk ke separuh akhir apabila bakal menerima kunjungan SPA FC dalam pusingan kedua suku akhir di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu pada 27 Mac nanti.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.