Header Ads

Piala FA: Kelantan, Terengganu, Kedah dan Sime Darby layak ke separuh akhir


Terengganu layak ke separuh akhir Piala FA musim 2012 selepas menewaskan Lions XII dengan agregat 1-0.
WarkahDaily -- Juara bertahan dan naib juara FA musim lalu, Terengganu dan Kelantan layak ke perlawanan separuh akhir Piala FA musim 2012 selepas membenam lawan masing-masing secara agregat, awal malam tadi.

Terengganu yang membawa bekalan tipis 1-0 laman lawan di Stadium Jalan Besar, Singapura, berjaya mengekang asakan tuan rumah, Lions XII. Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan dan memberi kelebihan buat Terengganu menang 1-0 secara agregat untuk layak ke separuh akhir.

Kelantan yang sudah pun dijangka lebih awal layak ke separuh akhir, mudah membenam kelab dari Liga FAM, SPA FC 2-0 dalam aksi suku akhir pusingan kedua di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu. Kelantan menang 5-0 ssecara agregat.

Kejutan dari pasukan Liga Perdana, Sime Darby buat pertama kali layak ke separuh akhir apabila berjaya menumpaskan pasukan dari Liiga Super, Johor FC 2-1 dalam aksi kedua suku akhir. Sime Darby layak dengan agregat 5-3.

Satu lagi pasukan yang layak ke separuh akhir ialah Kedah selepas mengalahkan pasukan tuan rumah T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu lalu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Terengganu dijadualkan bertemu Sime Darby dalam separuh akhir nanti manakala Kelantan akan bertemu Kedah.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan awal malam tadi.

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA FA (pusingan kedua) 27 MAC 2012

Lions XII

0-0
agg: 0-1

Terengganu

Johor FC

1-2
agg: 3-5

Sime Darby

Kelantan

2-0
agg: 5-0

SPA FC

T-Team

1-2
agg: 1-2

Kedah


* Pasukan berhuruf gelap layak ke perlawanan separuh akhir Piala FA 2012 pada 21 April dan timbal balik pada 1 Mei 2012


--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.