Header Ads

Polis gagal jamin ketenteraman dan akur dengan pengganas Umno

Oleh edyesdotcom

6 Febuari lepas telah dijadualkan satu ceramah di Pekan Kuala Sawah dalam Dun Rantau dan Parlimen Rembau. Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh Ketua Kampung Kuala Sawah telah hadir dengan bersenjata parang.

Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah ada anggota polis telah datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (ketua kampung) anggota polis terus beredar. Malah kemudian PKR telah membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung lantikan Menteri Besar NS.

Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno ini mencarut dan memaki hamun petugas-petugas berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut 'mandi darah'.

Pada masa yang sama apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong PR dalam perjalanan untuk datang ke lokasi. Untuk elak kejadian kami buat keputusan ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.

Di lokasi hampir sama tetapi diubah sedikit di perkarangan rumah Sdr. Selvam ahli Jawatankuasa PKR Rembau namun masih di Pekan Kuala Sawah. Sejak semalam telah disebarkan sms dari Ketua Kampung memanggil orang Umno berkumpul untuk 'menghancurkan' prog. pembangkang di kawasan Menteri Besar (DUN Rantau). Malah sejak pagi tadi kami mula mendapat panggilan dari pihak polis yang 'menasihati' agar program tersebut dibatalkan kerana mahu elak kekecohan.

PKR amat kecewa dengan sikap polis yang jelas lemah dalam menjamin kententeraman dan akur dengan gangsterisma Umno. Demokrasi sudah tiada tetapi negara sudah semakin menjadi hukum rimba.

Mengambil sikap mengelakan kekecohan maka program diubah sedikit lokasi tetapi masih diteruskan.

Umno sebenarnya makin lemah mereka panik apabila makin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya oleh kerana makin sedar mereka makin gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otat pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba.

Sumber: Tranungkite.net
Dikuasakan oleh Blogger.