Header Ads

Proton: Syarat perjanjian jual beli Khazanah dengan DRB-Hicom, Nadzmi berundur serta-merta


Bekas Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh telah pun meletak jawatannya sebagai Pengerusi dan Pengarah Proton dan ianya berkuatkuasa serta merta.

Peletakan jawatannya itu dilaporkan kerana ia terkandung dalam perjanjian jual beli (SSPA) antara Khazanah Nasional Bhd dengan DRB-Hicom Bhd.

“Kami ingin menegaskan bahawa peletakan jawatan Nadzmi sebagai pengerusi lembaga pengarah Proton dan jawatan-jawatan lain oleh sebab jawatannya sebagai pengarah, adalah sebahagian daripada terma-terma SSPA itu,” kata Proton.

Pertengahan Januari lepas, DRB-Hicom telah membuat urusniaga jual beli (SSPA) dengan membeli 42.74 peratus modal saham terbitan dan berbayar Proton dengan harga RM1.291 bilion dengan Khazanah.
Dikuasakan oleh Blogger.