Header Ads

Pusat hiburan sedia GRO menari separuh bogel kena serbu

KUALA LUMPUR: Aksi ‘catwalk’ pelayan pelanggan (GRO) sambil menari dan menyanyi dengan pakaian separuh bogel menjadi santapan mata buat pelanggan sebuah pusat hiburan di Kepong, di sini.

Pusat hiburan yang tahun beroperasi itu menyediakan pentas ‘catwalk’ di tengah premisnya sebagai tarikan kepada pengunjung untuk melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam terbabit.

Pelanggan yang gagal mengawal nafsu pula dikatakan boleh melanggan GRO terbabit yang turut menyediakan khidmat seks dengan bayaran mahal.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turusnya, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi, 14 GRO warga Thailand dan seorang wanita Vietnam berusia 20 hingga 35 tahun tergamam sebaik menyedari pusat hiburan itu diserbu polis ketika mereka leka melayan pelanggan.

Malah, sebahagian mereka ketika itu asyik menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan di atas pentas.

Azman berkata, polis mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan tidak bermoral di premis itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan itu yang beroperasi sejak lima tahun lalu bertukar majikan dan tidak mempunyai lesen selepas gagal diperbaharui.

“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan pentas ‘catwalk’ dan wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

“Kita percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi.

Azman berkata, semua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Katanya, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.