Header Ads

Rakyat diseru terus sokong Pakatan Rakyat


Barisan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di majlis Karnival 'Terima Kasih Rakyat' di Stadium Kuala Selangor, kelmarin.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat negeri ini untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat yang telah membuktikan kemampuan memerintah negeri dengan lebih baik.

Menurut beliau, selama empat tahun memerintah negeri itu sejak 2008, pendapatan negeri itu meningkat mendadak dan hasilnya dapat dinikmati rakyat yang disalurkan melalui program-program merakyatkan ekonomi Selangor.

"Hasil negeri melonjak lebih baik dari sebelum 2008 dan ini bukan harapan lagi. Angka-angka ini adalah telah dibuktikan, telah nyata dan tidak boleh dipertikaikan dan kalau tidak dijaga dgn baik, akan terjerumus.

"Oleh itu marilah kita bersama berkerja sebagai satu keluaga, Selangorku untuk semua rakyat Selangor, pecahkanlah benteng perbezaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor petang kelmarin.

Program hari ini antara lain sempena empat tahun negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada program itu seluruh pimpinan kerajaan negeri termasuk Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat serta Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi mandat pada 2008, Abdul Khalid juga memberi komitmen bahawa pasukannya akan meneruskan banyak lagi program kebajikan kepada rakyat jika masih dipilih pada PRU-13 nanti.

"Orang kata bagi air percuma kita akan bankrap, tapi sudah empat tahun, bukan kita bankrap tapi kita makin kaya dan rakyat mendoakan kita menjadi lebih maju.

"Kita akan perkenalkan beberapa program lg yang akan memberi manfaat kepada suri rumah tangga, ana-anak dan belia," katanya lagi.

Amalan pentadbiran yang bersih dan cekap oleh Pakatan Rakyat ujar Khalid, telah menjadikan Selangor jauh lebih baik dari sebelumnya.

Hasil itu juga katanya, hampir RM600 juta hasil pendapatan negeri diagihkan kepada rakyat.

"Rizab kewangan negeri Selangor 2005 (zaman BN) adalah sekitar RM800 juta, tapi selepas empat tahun Pakatan Rakyat perintah, rizab kita sekarang RM1.9 bilion.

"Rakyat tidak disia-siakan. Selangorku dan merakyatkan ekonomi tak akan meninggalkan sesiapa.

"Selangor kaya, kekayaan ini lah kita akan salurkan kepada rakyat," katanya sambil menyeru rakyat Kuala Selangor untuk sekali lagi bersama Pakatan Rakyat untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat negeri ini.

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.