Header Ads

Sabung ayam pun ada di Colombia


Ramai penonton menyaksikan pertandingan sabung ayam di sebuah gelanggang khas di Cali, Colombia. | foto Kosmo!
WarkahDaily – Rupa-rupanya pertandingan sabung ayam ni memang satu acara antarabangsa tapi tak tahu la pulak dia orang bertaruh (unsur berjudi) dalam pertandingan itu.

Apa yang menjadi perhatian penulis WarkahDaily (WD), bagaimana suasana pertandingan sabung ayam itu diadakan.

Dalam laporan berita antarabangsa memperlihatkan bagaimana suasana pertandingan sabung ayam di Cali, Colombia. Bukan seperti di negara kita yang diadakan di kawasan tersembunyi kerana ada unsur perjudian.

Tapi di Colombia pula nampak cam gah je, siap ada gelanggang seperti stadium untuk sabung ayam. Fulamak meriah sakan. Ramai pulak penontonnya.

Namun, aktiviti sebegini perlu mendapat perhatian daripada pencinta haiwan sedunia agar tidak lagi ada penganiayaan terhadap binatang berkenaan. Lebih kejam lagi, taji dipasang pada kaki ayam supaya dengan sengaja dapat mencederakan lawan (ayam lain).

Acara ini masih lagi diadakan di beberapa wilayah di negara berkenaan.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.