Selangor berdepan saman RM10 juta

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Kerajaan Negeri akan berbincang untuk melantik peguam yang akan mengendalikan kes tersebut.
Menurutnya, selain dirinya, enam lagi pihak dinamakan sebagai defendan, termasuk Kerajaan Negeri Selangor dalam writ saman itu.
“Surat ini baru kami terima. Masih panas lagi. Surat ini adalah mengenai dakwaan fitnah dan bagi mendapatkan ganti rugi am.
“Kita akan putuskan siapa peguam yang akan kendalikan kes ini dan akan maklum kemudian,” katanya.
Sebelum ini, Noh memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.
Noh berkata, penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
Difahamkan, saman sebanyak RM10 juta setiap satu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac lalu, melalui peguamnya Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Sumber: Sinarharian.com.my
Post a Comment