Header Ads

Skandal MAS: PAC tuntut Putrajaya dedah butiran lengkap penyelesaian luar mahkamah Tajudin-Danaharta

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menuntut Putrajaya mendedahkan butiran lengkap penyelesaian luar mahkamah antara firma Pengurusan Danaharta (Danaharta) dan Tan Sri Tajudin Ramli.

The Malaysian Insider difahamkan panel 13 orang tersebut telah membuat keputusan “hampir sebulat suara” untuk bertanyakan kepada Kementerian Kewangan dan Prokhas, unit yang diuruskan Danaharta bagi menjelaskan perjanjian penyelesaian di luar mahkamah pada 14 Febuari lalu.

“Kami mahu memberikan mereka peluang kara ia melibatkan RM589 duit kami,” jelas seorang ahli PAC kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada hutang luar biasa Tajudin, yang suatu ketika dulu pernah mengemudi MAS dan Celcom Bhd.

Danaharta dan Tajudin menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkmah bulan lepas selepas Putrajaya mengarahkan kesemua GLC pada Ogos untuk menggugurkan tuduhan terhadap Tun Daim Zainuddin.

Namun begitu, terma dan perjanjian berkenaan kekal rahsia walaupun Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 telah mengarahkan Tajudin untuk membayar sejumlah RM589.14 juta kepada Danaharta.

Ahli politik setiap parti kemudiannya menuntut butiran lengkap penuelesaian luar mahkamah antara bekas Pengerusi MAS itu dan Danaharta, yang mana mengalami krisi hutang pada 1997.

Sumber berkenaan turut menjelaskan “tiada pihak yang tidak bersetuju terhadap tuntutan ini” dan satu mesyuarat akan dianjurkan bagi kementerian kewangan membuat penjelasan.

Polisi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi bahan kritikan selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk mengadakan penyelesaian di luar mahkamah terhadap hutang RM589 juta oleh Tajudin ketika membuat pinjaman untuk membeli MAS pada 1994.

Kes antara Danaharta dan Tajudin timbul selepas beliau melakukan perjanjian kemudahan pada 13 Julai, 1994 untuk meminjam RM 1.79 bilion daripada sindiket bagi membiayai pembelian saham sejumlah 32 peratus saham MAS.

Namun begitu, pada 1994 ke 1998, beliau gagal menyelesaikan hutang berkenaan dan menjadikannya pinjaman tidak memuaskan (NPL).

Tajudin mendakwa dalam afidavitnya beliau diarahkan oleh Dr Mahathir dan Daim pada 1994 untuk membeli dan mengawal pegangan saham MAS untuk menjamin daripada kerajaan.

Ahli perniagaan itu mendakwa pembeliaan itu adalah semata-mata “demi negara”.

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dalam memoir yang ditulisnya berkenaan dakwaan Tajudin itu.

Sumber: Themalaysianinsider.com
Dikuasakan oleh Blogger.