Header Ads

SMS: Terbukti keakraban Hasan dengan Umno

Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim baru-baru ini mengesyaki Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali telah menyebar sistem pesanan ringkas (Sms) yang dihantar olehnya kepada Adun Barisan Nasional.

Menurut Teng, beliau telah menghantar sms menggunakan senarai 'broadcast' telefon Blackberrynya kepada seluruh Exco Kerajaan Negeri yang mana dalam senarai tersebut masih terdapat nama bekas exco itu.

Sms yang dihantar oleh Teng kepada semua exco yang berbunyi "This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacon is doing now."

Tetapi sms tersebut telah disebarkan kepada adun Barisan Nasional dengan memberitahu Speaker bersikap berat sebelah dan mahu ia dijadikan isu untuk mereka keluar meninggalkan dewan negeri.

"Saya akui kesilapan kerana tidak mengeluarkan nama bekas exco itu sehinggakan sms yang saya hantar kepada seluruh exco turut diterima olehnya (Hasan) dan saya rasa beliau bertindak menyebar sms tersebut kepada Adun Barisan Nasional.

"Tujuan saya tidak mengeluarkan nama beliau adalah kerana menganggap beliau adalah rakan baik tetapi tindakan sebaliknya diambil oleh beliau sehinggakan sms tersebut telah dimanipulasi oleh Adun Barisan Nasional hari ini," jelasnya sewaktu sidang media di Dewan Negeri Selangor.

Tambahnya lagi, jika pihak pembangkang merasakan ia satu kesalahan serta tidak mempercayainya untuk bertindak adil sebagai Speaker, Adun Barisan Nasional boleh mengemukakan usul di Dewan Negeri di bawah peraturan yang telah ditetapkan.

"Saya sanggup duduk di bawah tempat Sungai Pinang dan berbahas jika pembangkang Barisan Nasional mengemukakan usul atas ketidak percayaan mereka kepada tugas saya sebagai Speaker serta merasakan saya bersikap berat sebelah dalam mengendalikan tugas saya sebagai Speaker.

"Ingin saya jelaskan di sini dalam tugas yang diberikan ini saya sentiasa bersikap adil dan jika ada mana-mana pihak kerajaan atau exco yang dilihat tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan saya akan tegur begitu juga jika Barisan Nasional membuat satu yang baik saya akan puji, jadi tidak timbul langsung bersikap berat sebelah," sambungnya lagi.

Teng turut menyatakan, Adun Barisan Nasional sepatutnya mengambil langkah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh dewan jika ada perkara yang menimbulkan keraguan terutamanya berkaitan isu sms yang ditimbulkan oleh Adun Batangkali, Mohd Isa Abu Kasim.

Malah menurut Teng lagi, tindakan Adun Barisan Nasional mengadakan sidang media adalah hanya kerana tidak mahu mengikuti perbahasan di dalam dewan yang sedang berlangsung.

"Mereka hanya mementingkan perkara yang remeh dan lebih rela keluar dari dewan yang sedang berbahas tentang dasar-dasar kerajaan, sedangkan perkara tersebut boleh dibawa mengikut peraturan yang telah ada.

"Saya ingin mengulangi melalui penyebaran sms ini jelas membuktikan hubungan yang akrab antara Hasan dengan adun-adun Barisan Nasional," kata beliau lagi.

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.