Header Ads

Sultan Kelantan mahu gas didaratkan di Kelantan, Umno Kelantan mahu derhaka ke?


MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz menyambut keberangkatan Sultan Muhammad V ke perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Kelantan ke-12. | foto Harakahdaily
WarkahDaily -- Dengar tu wahai pemimpin Umno-BN Kelantan. Sultan dah mula bertitah. Jangan hampakan harapan seorang Sultan. Dah lama dah Umno sebut, jangan derhaka dengan raja walaupun pemimpin Umno sendiri banyak kali derhaka dengan raja.

Ketika perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Kelantan ke-12 pada 1 Mac lepas, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah bertitah agar gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) yang sudah pun mula dikeluarkan dapat didaratkan di negeri Kelantan.

“Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,” titah baginda.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pernah beberapa kali melakukan perkara yang sama sambil menuntut kerajaan persekutuan membayar royalti petroleum kepada negeri itu kerana telaga gas berkenaan berdekatan perairan Kelantan, bukannya negara jiran.

Namun, pemimpin pengkhianat dari Umno-BN Kelantan telah terang-terangan menentang usaha ini dengan menyatakan ianya tidak layak untuk mendapat hasil royalti petroleum itu kerana telaga gas jauh dengan dari perairan Kelantan walaupun banyak pihak membuktikan dakwaan pemimpin Umno-BN tidak benar. [Baca sini] dan [Di sini]

Sepatutnya pemimpin Umno-BN perlu bersama-sama kerajaan Kelantan menuntut kerajaan persekutuan membayar hasil royalti berkenaan demi menjaga kebajikan rakyat di samping membangunkan Kelantan yang didakwa negeri termiskin oleh presiden Umno, DS Najib Razak itu. [Baca sini]

Namun, kerana dendam dan khianat, pemimpin Umno-BN Kelantan sanggup menidakkan hak rakyat dan negeri Kelantan untuk menikmati hasil royalti petroleum berkenaan.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.