Header Ads

T-Team menang tipis 1-0 ke atas Sarawak


Penjaga gol kelab T-Team, Syamsuri Mustafa kembali beraksi untuk pasukan selepas berehat panjang. | foto Arkib
WarkahDaily -- Kelab T-Team bermain dengan baik dalam perlawanan kesembilan mereka dalam Liga Super walaupun terpaksa menunggu di babak kedua untuk menempa kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.

Pasukan kelab dari Terengganu di bawah kendalian Yunus Alif itu mempunyai banyak peluang untuk merobek gawang Sarawak namun kekentalan penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani telah menafikan sekurang-kurangnya lima peluang terbaik tuan rumah.

Gol tunggal T-Team dijaringkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-67 apabila beliau melepaskan rembatan kencang di luar kotak penalti menewaskan Sani Anuar.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super semalam

KEPUTUSAN LIGA SUPER 2 MAC 2012

T-Team

1-0

Sarawak


--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.