T-Team setuju ambil pemain import dari Brazil, Marco Tulio kuatkan pasukan

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata pengambilan Marco, 29, itu bertujuan mengantikan pemain import Zacharia Simukonda yang disingkir berikutan prestasi tidak memuaskan.
"Majlis menandatangani kontrak secara rasmi antara pemain itu dan T-Team mungkin akan diadakan dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Marco bagaimanapun hanya boleh diturunkan T-Team selepas didaftar dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada April.
Yunus berkata Marco akan berlatih dengan pasukan T-Team sementara menunggu pendaftaran baru dibuka April ini.
Marco pernah bermain untuk pasukan divisyen satu Turan FC Azerbaijan 2011 dan sebelum itu beraksi di Liga Jepun 2009-2010.
Yunus berkata beliau bersetuju mengambil Marco untuk beraksi dengan pasukan T-Team kerana pemain itu mempunyai banyak kelebihan berbanding pemain import lain.
"Kita harap dalam masa sebulan ini, Marco akan dapat menyesuaikan diri dengan pemain yang ada dalam skuad T-Team," katanya.
Sumber: Bernama.com
Dipetik dari: Arena.my
Post a Comment