Tembelang pecah:Kos ubahsuai pejabat Hasan Ali paling tinggi - MB
Mendedahkan perkara itu di sidang DUN Selangor kelmarin, Khalid berkata perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).
Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
Ia merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang semalam mendakwa Xavier dan Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka.
Pada hari yang sama Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.
Sebelum ini, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat.
Sumber: Malaysiakini.com
Post a Comment