Header Ads

Terkini! SBPA dimansuhkan, pelarasan gaji 13 peratus bagi gred 1 hingga 54

WarkahDaily -- Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan Januari lepas. Dengan pemansuhan itu, kakitangan kerajaan akan kembali kepada sistem yang lama, Skim Saraan Malaysia (SSM), namun akan ditambah baik.

Pengumuman itu telah dibuat Najib ketika perjumpaan bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya hari ini.

SBPA mula diperkenalkan Januari tahun ini, namun belum sempat 'dirasai' oleh kakitangan kerajaan bagi kumpulan pengurusan, profesional dan kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga 54 walaupun mereka telah pun dikerah secara tergesa-gesa untuk menandatangani skim baru berkenaan.

Ekoran bantahan daripada Cuepacs, kerajaan telah memutuskan untuk menangguh pelaksanaan SBPA sehingga keputusan dikeluarkan. Kerajaan memberi tempoh selama tiga bulan bagi menyemak semula SBPA dengan menubuhkan pasukan petugas bagi tujuan penyemakan terhadap skim berkenaan.

Berikut adalah kandungan pengumuman Najib hari ini

  1. Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  2. Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (9%)
  3. Gred Turus 3 dan 2 (8%)
  4. Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (7%)
  5. Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  6. Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.