Header Ads

Terperangkap: Akhirnya Umno-BN mengaku berdagang dengan negara haram Israel

Selepas Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan boleh berdagang dengan Yahudi dan bukannya Zionis, barulah kerajaan gatal-gatal mengaku berdagang dengan Israel Zionis.

Kini kerajaan Malaysia berdagang dengan Israel Zionis. Ia diakui oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Kerajaan dah terperangkap dengan kenyataan Haji Hadi. Mustafa juga berkata kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, baru-baru ini.

Pelik juga, tak mengiktiraf mereka tetapi berdagang dengan mereka. Keuntungan perdagangan itulah yang kini digunakan untuk membedil rakyat Palestin!! -EkELEH.COM

WarkahDaily -- Umno dah terperangkap dengan penjelasan Presiden PAS dan dalam masa yang sama telah mengiyakan apa yang diperkatakan Presiden PAS yang sering dituduh ekstrem tu.

Yang pasti, kerajaan Umno-BN telah berdagang dengan Yahudi di negara haram Israel, bukan Yahudi di tempat lain termasuk Amerika dan negara-negara lain.
Dikuasakan oleh Blogger.