Header Ads

Wajah anak sulung Mawi, Cahaya Malaika didedah


Mawi bersama anak sulungnya, ‘Cahaya Malaika’ selepas dua hari ianya dilahirkan, semalam. | foto SH
Setelah dua hari menanti, gambar wajah anak Mawi dan Ekin, yang diberi nama Cahaya Malaika, dikongsi bersama para peminatnya, semalam.

Gambar bayi perempuan itu dibekalkan kepada media pihak Astro petang semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 4 pagi Selasa lalu di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor.

“Jujurnya, saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama ini, namun debaran saya terbalas apabila mendakapnya.

“Saya pasti akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya dan Ekin akan membahasakan diri kami Abi dan Ummi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Astro, semalam. -SH

WarkahDaily -- Sebelum ini Mawi memberitahu, beliau tidak akan mendedahkan buat sementara waktu wajah anak sulungnya itu sementara menunggu kenduri kesyukuran diadakan. [Baca sini]
Dikuasakan oleh Blogger.