Header Ads

Wanita pertama Pakistan menang Oscar

ISLAMABAD, Pakistan: Akhbar-akhbar di sini semalam memuji seorang pengarah wanita muda negara ini, Sharmeen Obaid-Chinoy apabila menjadi warga Pakistan pertama memenangi Anugerah Academy bagi kategori dokumentari pendek terbaik menerusi filem Saving Face.


SHARMEEN Obaid-Chinoy memegang anugerah Oscar bersama dengan Daniel Junge di Hollywood pada Ahad lalu
Gambar-gambar Sharmeen, 33, ketika menerima patung Oscar dalam anugerah itu di Hollywood disiarkan di muka depan akhbar-akhbar Pakistan.

Filem Saving Face mengisahkan tentang mangsa-mangsa serangan asid dan pakar bedah plastik kacukan Inggeris, Mohammad Jawad yang kembali ke Pakistan untuk membantu memulihkan wajah dan kehidupan mereka.

Dokumentari itu diarahkan Sharmeen bersama dengan Daniel Junge.

Akhbar berbahasa Inggeris tertua Pakistan, Dawn, menyatakan kemenangan Sharmeen dialu-alukan kerana liputan media asing terhadap negara ini kerap tertumpu kepada Al-Qaeda, Taliban, kemiskinan, rasuah dan senjata nuklear.

Sumber: Agensi
Dipetik dari: Kosmo.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.