Wanita separuh bogel serbu pusat pengundian selepas Vladimir Putin tiba untuk mengundi

DUA wanita separuh bogel ditangkap polis di sebuah pusat pengundian di Moscow, semalam.
Wanita-wanita tersebut yang merupakan anggota pertubuhan FEMEN dari Ukraine menyerbu pusat itu selepas Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin tiba untuk mengundi dalam pilihan raya presiden. Putin turut bertanding sebagai calon presiden.
Anggota-anggota kumpulan itu cuba untuk mencuri peti undi selepas Putin membuang undi. Tiga wanita menanggalkan baju mereka dan menyatakan Putin ialah seorang pencuri.
Polis Moscow menyatakan wanita-wanita tersebut dibawa ke sebuah balai polis dan keputusan belum dibuat sama ada mereka akan dikenakan dakwaan.
Sumber: Agensi
Post a Comment