Header Ads

Wartawan radio cedera ditembak

MANILA: Dua lelaki bersenjata yang menaiki motosikal menembak dan mencederakan pengulas radio di tengah Filipina dalam serangan terbaru terhadap wartawan di negara itu.

Inspektor Kanan Polis, Stephen Somosot berkata, mangsa, Fernando Gabio, 62, berada di luar kediamannya di bandar Iloilo, semalam apabila penyerang melepaskan tiga tembakan mengenai kaki Gabio. Mangsa bagaimanapun dalam keadaan stabil di hospital.

Gabio mengacarakan program “Mr. Expose” di Radyo Mo Nationwide. Rancangan itu membicarakan tajuk seperti rasuah. Somosot berkata, Gabio sebelum ini ada menerima ancaman bunuh daripada seseorang tidak dikenali melalui telefon.

Sumber: AP
Dipetik dari: HMetro.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.