Header Ads

Annuar Musa didapati bersalah, kena gantung 2 tahun 6 bulan

Jawatankuasa Tatatertib FAM sebulat suara memutuskan Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa semalam atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

[Tonton sedutan keputusan JK Tatatertib FAM di bawah artikel]

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan. Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.

Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.

Sedutan rakaman video keputusan JK Tatatertib FAM berkaitan hukuman terhadap Annuar Musa




Sumber: bharian.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.