Header Ads

Artis sertai PAS kerana marah dan muak salah guna kuasa kerajaan Umno-BN

Semakin ramai artis tempatan menyertai PAS dengan yang terbaru penyanyi popular era 90-an – Aishah dan Dayangku Intan.

Sebelum ini pelawak Bob Lokman, Sham Kamikaze dan bekas bintang bola sepak Abdullah Ali telah menyertai PAS.

PAS berkata, konsep PAS untuk semua telah diterima bukan saja kepada orang politik tetapi golongan yang lain juga.

Bagi Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa arti lagi akan menyertai PAS tidak lama lagi.

“PAS sedia berdialog dan berbincang dengan artis mengenai konsep hiburan dalam Islam sesuai dengan perjuangan parti ini.

“Bagaimanapun, kita mengalu-alukan penyertaaan mereka ke dalam PAS,” kata beliau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, artis menyertai PAS kerana mereka marah dan muak dengan apa yang berlaku sekarang.

Katanya, salah guna kuasa yang berterusan dan campur tangan politik dalam pelbagai institusi termasuk dalam persatuan artis.

“Mereka kecewa, mereka marah lalu mengambil tindakan menyertai PAS. Penyertaan artis dalam PAS diterima masyarakat umum,” kata Tuan Ibrahim.

Sumber: Freemalaysiatoday.com
Dikuasakan oleh Blogger.