Header Ads

Bas RapidKL terbakar, pemandu dan penumpang terselamat

Pemandu dan lapan penumpang sebuah bas RapidKL terselamat apabila kenderaan itu terbakar di Taman Desa di ibu negara tengah hari semalam.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Pantai Dalam, Salmi Abdul Mukti, berkata ketika kejadian pada 1.10 tengah hari, bas itu sedang beroperasi bagi laluan Taman Desa ke ibu kota.

"Sebaik kami tiba api masih marak, bagaimanapun 14 anggota dari Balai Bomba Taman Desa dan Pantai Dalam berjaya mengawal kebakaran itu dalam masa 14 minit," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Katanya punca kebakaran masih disiasat.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.