Header Ads

Cari duit lebih: Minah kilang warga asing perdaya lelaki yang dahagakan belaian kasih sayang

GEORGETOWN: Segelintir golongan minah kilang terutama wanita warga asing dikesan turut mencari rezeki dengan menjadi ‘Marka Ekspres’ kepada lelaki yang dahagakan belaian kasih sayang.

Mereka yang didakwa bijak bermain kata-kata didakwa menipu mangsa untuk mencari wang mudah bagi menampung kos kehidupan di negara ini.

Golongan itu yang bekerja sebagai operator kilang di sekitar negeri ini dikatakan sengaja ‘memasang’ ramai teman lelaki semata-mata kerana mahukan wang lebih.

Bermodalkan rupa paras yang agak menarik, mereka dikatakan bijak menipu mangsa dengan hanya menabur janji dan cinta palsu sebelum membuat pelbagai alasan semata-mata mahukan wang.

Difahamkan, golongan itu mencari mangsa mereka melalui laman sembang sosial atau di kelab hiburan sebelum memasang jerat selepas mengenali lelaki yang mahu dijadikan mangsa.

Sumber: Hmetro.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.