Header Ads

Demokrasi rimba Umno: Bendera PAS diturunkan, bendera BN pula dipelihara


Pihak MPD sedang menurun bendera PAS di Dungun. | foto lensahandphone

WarkahDaily -- Inilah demokrasi yang dibangga-banggakan oleh pemimpin Umno-BN di negara ini, konon ia adalah yang terbaik di dunia.

Laporan bergambar di blog lensahandphone oleh Pemuda Dungun, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah bertindak menurunkan bendera PAS di hadapan Sekolah Kwang Hua pada 9 April lepas.

Namun apa yang melucukan ‘bos’ penguatkuasa MPD kelihatan lari meninggalkan tempat kejadian dengan sebuah kereta apabila melihat orang ramai termasuk masyarakat Tiong Hua datang membantah tindakan kurang adil itu.

Sudah tentu pihak berkuasa tempatan telah menerima arahan orang-orang tertentu yang dilihat terlalu takut dengan kebangkitan rakyat di kawasan berkenaan. Kerana bimbang kibaran bendera PAS itu boleh memberi impak besar kepada pengundi di Dungun.

Namun apa yang menjelikkan, hanya bendera PAS sahaja yang menjadi mangsa ‘kepondanan’ pihak tertentu, padahal bendera Umno-BN dibiarkan berkibar di mana-mana.

Bukan sahaja dibiarkan berkibar, malahan turut diminta ianya dipasang di premis awam yang tiada kaitan dengan parti Umno-BN. Lebih memalukan lagi, mengarahkan pihak berkuasa termasuk polis untuk memantau dan ‘memelihara’ bendera BN agar tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Sebelum ini pernah dimuatkan dalam WarkahDaily (WD) berkaitan pengerusi KTM Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed didakwa mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan petugas pilihan raya BN memasang bendera parti itu di semua stesen komuter di Selangor [baca laporan lanjut di sini].

Inilah bukti perlakuan ‘pondan’ yang takut berdepan secara ‘gentle’ dan bermaruah dengan lawan mereka. Mereka megah dengan ‘kehebatan’ yang dilingkungi pihak berkuasa tapi bacul nak berdepan secara bermaruah.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.