Header Ads

Dipenjara 7 tahun kerana siar kartun hina Nabi Muhammad di Facebook

TUNIS: Dua rakyat Tunisia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana memuat naik kartun menghina Nabi Muhammad SAW di laman Facebook.

Imej kartun tersebut mencetuskan kemarahan di negara itu, di mana pegangan Islam menjadi semakin kuat sejak kebangkitan rakyat tahun lalu, yang menyaksikan pemimpin sekular, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan.

“Kedua-dua mereka dihukum penjara tujuh tahun kerana mencabul moral dan mengganggu ketenteraman awam,” menurut Kementerian Undang-Undang Tunisia.

Menurut laporan, seorang daripada tertuduh, Jabeur Mejri telah pun ditahan dipenjara manakala tertuduh kedua, Ghazi Beji, masih dalam buruan polis dan dihukum tanpa kehadiran.

Hukuman itu dijatuhkan pada 28 Mac lalu, namun ia hanya mula dilaporkan, semalam, selepas blogger di negara itu mula menulis mengenai kes tersebut di Internet.

Tunisia melantik kerajaan Islam pertama negara itu selepas protes besar-besaran seluruh negara, Januari tahun lalu, berjaya menjatuhkan Ben Ali.

Sumber: Sinarharian.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.