Header Ads

“Duduk bantah”: Bersih 3.0 bakal diadakan pada 28 April di Dataran Merdeka


Anggota JK Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) ketika membuat pengumuman himpunan BERSIH 3.0 dalam sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, kelmarin. | foto Harakahdaily
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kelmarin telah mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu dijangka diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di ibu negara, pagi kelmarin.

Kesemua anggota jawatankuasa termasuk pengerusi bersama Datuk A.Samad Said dan Datuk Ambiga Sreenevasan turut hadir pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu.

Melalui bahan cetakan yang diedar awal kepada media, himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Himpunan itu juga akan disertai bersama oleh 84 NGO dan masih mengekalkan lapan tuntutan iaitu:
  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media bebas dan adil
  • Masa kempen minima 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentian politik kotor

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.