Header Ads

Everton tangguh niat United, City berpeluang cerah buru juara EPL


Wayne Rooney menanduk masuk gol penyamaan ketika pertemuan antara MU dan Everton di Old Trafford, semalam. | foto EPA
Impian penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United meraikan lebih awal kejuaraan ke-20 tersentak apabila ia diikat Everton, 4-4 pada aksi menarik di Stadium Old Trafford, semalam.

Pelawat terlebih dahulu merobek gawang The Red Devils, seawal minit ke-33, menerusi penyerang dari Croatia, Nikica Jelavić sebelum Wayney Rooney menyamakan kedudukan emapt minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Rooney menjaringkan dua gol dalam perlawanan hari ini manakala dua lagi masing-masing satu oleh Danny Welbeck dan Nani.

Everton yang ketinggalan 4-2 mempamerkan aksi dramatik untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit 83 dan 85. Dua gol Everton dijaringkan pada minit 33 dan 67.

United yang telah melengkapkan 35 perlawanan telah mengumpulkan 83 mata untuk terus kekal di tangga teratas persaingan EPL.


Pemain Wolverhampton Wanderers, Sebastian Bassong (kiri), cuba merampas bola dari penyerang Manchester City, Sergio Aguero (tengah) ketika aksi EPL. City menang 2-0 hasil jaringan Sergio Agüero (27') dan Samir Nasri (74'). | foto EPA
Manakala pencabar terdekat United, Manchester City memperoleh mata penuh dengan menewaskan Wolves, sekali gus merapatkan jurang mata dalam usaha memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Gol Manchester City dijaringkan oleh Sergio Aguero dan Samir Nasri bagi membolehkan kelab itu hanya ketinggalan tiga mata di belakangan Manchester United (MU).

Kini, United mengumpul 83 mata sambil City mengekori rapat dengan 80 mata.

Manchester City akan menerima kunjungan musuh terdekatnya dalam perlawanan pada 30 April nanti dan jika menang dalam pertembungan yang bakal sengit itu, City berpeluang kembali ke kedudukan teratas dari segi perbezaan gol.

Kedua-dua pasukan masih lagi mempunyai baki tiga perlawanan untuk ditempuhi termasuk pertembungan sesama sendiri pada 30 April.

Berikut adalah keputusan perlawanan semalam dan awal pagi ini.

Manchester United [4][4] Everton

Liverpool [0][1] West Brom

Wolves [0][2] Manchester City
Dikuasakan oleh Blogger.