Header Ads

[Gambar] Inilah pemimpin yang dicari rakyat Malaysia


Inilah pemimpin yang dicari untuk menjaga amanah rakyat, bukan menceroboh hak rakyat. | foto facebook.com/infodppsa

WarkahDaily -- Rakyat Malaysia memang perlu seorang pemimpin yang jujur dan amanah dalam pentadbiran kerajaan.

Sudah sampai masanya kita memikirkan ini semua kerana ia bukan untuk kita lagi. Zaman kita sudah rosak. Tepuk tangan tanya iman, kita semua sedar kepincangan yang berlaku di negara ini. Mungkin yang di kampung ada yang tidak ketahui tapi yang dibandar, bagaimana kehidupan anak muda kita, sudah di tahap mana kerosakan moral anak-anak bangsa kita?

Jangan kita asyik dibuai mimpi retorik yang dimainkan pelbagai media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklmumat hanya dengan memikirkan keuntungan dan tuan mereka. Tapi kerosakan anak bangsa kita ntah di mana.

Sedarkah kita dengan gejala pembuangan anak semakin menjadi-jadi, sedarkah gejala perzinaan antara muda-mudi semakin berleluasa, bebas dan tanpa segan silu, sedarkah kita, berapa ramai anak muda kita yang berpeleseran di larut malam dengan pelbagai gejala sosial yang semakin teruk, berapa ramai bangsa kita yang bebas meminum arak, berkungjung ke kelab-kelab malam tanpa halangan?

Apakah kita juga mahu apa yang kita alami sekarang itu juga dialami oleh anak-anak kita, cucu-cicit kita di masa akan datang. Dan lebih dahsyat lagi, mampukah kita melihat yang terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat yang kita lihat sekarang ini, juga terkena pada anak-anak kita, cucu-cicit kita?

Jika kita masih ada di dunia ini, paling kurang pun kita boleh nasihat tapi bagaimana jika kita sudah tiada lagi di dunia...siapa lagi yang mahu 'memandu' mereka ke jalan yang benar?

Lebih menggerunkan lagi, apakah kita mahu lahirkan anak-cucu kita yang semakin jauh dengan Islam? Nak ke kita melihat anak-cucu kita sudah tidak mempedulikan kita di kubur, paling menakutkan, mahukah kita melihat anak-cucu kita sendiri kencing di kubur bapa sendiri? Nauzubillah min zalik...

Demi masa depan anak-anak kita, cucu-cicit kita, kita perlu sedar dan insaf...yang paling utama kita perlu bersatu pulih kepincangan yang berlaku.

Kita perlu sedar, sudah cukupkah kita dengan yang ada sekarang demi anak-anak kita di masa akan datang? Cukupkah dengan masjid yang dibina tersergam indah tapi jemaahnya sunyi, cukupkah kita dengan adanya pusat-pusat Islam atau jabatan yang berkaitan Islam 'memandu' anak-anak kita nanti?

Jika kita sangka sudah cukup, kenapa masih terjadi gejala murtad, bahkan dilaporkan semakin menjadi-jadi. Nak salahkan siapa? Di mana pihak berwajib (kerajaan) sebagai pemegang amanah?

Usah bangga sangat dengan kehebatan pembangunan yang kita ada tapi anak bangsa kita rosak teruk akhlak mereka.

Jadi..Fikirkanlah! betulkan kesilapan lampau kita, sekarang bukan lagi masa kita memikirkan periuk nasi dan perut bodoh kita tapi ia demi masa depan anak-anak kita, cucu-cicit kita. Ingat, Islam tidak boleh diwarisi, Islam juga tidak boleh dijual beli. Tapi jika negara kita diadun dengan pemimpin yang bertaqwa, beriman, jujur dan amanah, sudah tentu Allah akan merahmatinya dan Allah pasti akan menolong orang yang menolong agama-Nya, Insya' Allah.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.