Header Ads

Gempa bumi berukuran 8.6 skala Richter landa Bandar Aceh, Malaysia turut rasai gegaran


BERDOA: Tiga sahabat sedang memeluk antara satu sama lain dan memandang ke langit ketika gempa berukuran 8.6 skala Richter melanda Banda Aceh, petang ini, 11 April 2012. | foto Getty Images

JAKARTA: Satu gempa bumi berukuran 8.6 skala Richter melanda Bandar Aceh, Indonesia petang ini. Gempa itu menggegarkan wilayah barat daya Banda Aceh.

Susulan kejadian berkenaan, pihak Agensi Geofizikal Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami, lapor agensi berita Reuters.

Seorang pegawai agensi berkenaan berkata, amaran tsunami telah dikeluarkan bagi bandar-bandar di sepanjang pantai pulau Sumatera. Penduduk di Banda Aceh telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Menurut pemerhati Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa berukuran 8.6 skala Richter itu berpusat 20 batu (33 kilometer) bawah dasar laut di sekitar 269 batu (434 kilometer) dari wilayah barat daya Banda Aceh.

Keadaan kelam kabut di jalan raya ketika gegaran kuat berlaku kira-kira empat minit.

“Saya berada di bilik mandi di tingkat lima hotel (ketika kejadian).

“Kami semua berlari keluar .... Kami semua berdiri di luar sekarang,” kata seorang penginap hotel kepada radio El Shinta dari bandar Medan

Beliau turut memberitahu, seorang tetamu hotel mengalami kecederaan akibat melompat dari tingkap biliknya kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.


Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami meliputi Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives dan lain-lain pulau-pulau Lautan India, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan dan Singapura.

Di Malaysia, beberapa kawasan di sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran itu dan penduduk yang berada dalam bangunan tinggi termasuk pangsapuri dan pejabat turut merasai kesan gegaran itu dalam tempoh beberapa minit sekitar jam 4.40 petang tadi.

Bencana tsunami pada 26 Disember, 2004, tahap gempa bumi berada pada ukuran 9.2 skala Richter yang berlaku kira-kira 200 kilometer dari kawasan gempa bumi terkini.

Tahun lepas, gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter yang menyebabkan berlakunya tsunami dan bencana nuklear di Jepun yang membunuh kira-kira 19,000 orang.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.