Header Ads

Hadi sokong hapus hutang PTPTN dan gesa pendidikan percuma untuk semua rakyat


Datuk Seri TG Presiden PAS ketika sidang media selepas mendengar taklimat pembinaan Dewan Tok Guru yang sedang dalam pembinaan bersebelahan Masjid Rusila, Marang.

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah kini tidak bertujuan membuat perubahan terhadap dasar negara tetapi melakukan beberapa perubahan hanya untuk pilihanraya.

“Perubahan sekarang ini adalah kerana pilihanraya bukan kerana dasar yang ada, sepatutnya dia kena ubah lama dah, kalau buat sekarang ini (hanya) untuk kempenlah,

“sebab dia dah memerintah (selama 50 tahun) takkan dah 50 tahun baru nak (buat perubahan),”ujar Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Jumaat 20 April, selepas mendengar taklimat pembinaan Dewan Tok Guru yang sedang dalam pembinaan bersebelahan Masjid Rusila, Marang.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyokong tuntutan memansuhkan hutang PTPTN dan menggesa pendidikan diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat.

Katanya masalah dana bagi menampung pembiayaan pendidikan perlu ditangani dengan cara yang bijak kerana sekiranya Pakatan Rakyat memerintah ia juga akan turut memikul bebanan kerana kesalahan Barisan Nasional di masa lalu.

“Pendidikan percuma, itu konsep negara berkebajikan yang PAS kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN.

“Ia (PTPTN) tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses dia. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab,”jelasnya.

Beliau menyelar pimpinan Barisan Nasional (BN) yang berberbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bangkrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan.

Menurutnya, dalam teori masyarakat Ibnu Khaldun pendidikan adalah industri menghasilkan manusia yang boleh meningkatkan produktiviti.

“Teori masyarakat Ibnu Khaldum mengatakan pendidikan adalah industri, industri menghasilkan produktiviti, pendidikan juga menghasilkan manusia yang hasilkan produktiviti.

“(yang pemimpin Umno) kata bankrap itu tidak betul, bohong, itu (adalah kerana) salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweeden, Norway Jerman dan Sri Lanka beri pendidikan percuma.

“Apa yang berlaku (dinegara ini) adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan, bagi kepada kita (tadbir) kita tahulah nak buat macam mana. Konsep Islam, orang berada mengambil tanggungjawab, orang miskin tidak akan dibebankan, itu akan berlaku,” katanya.”tegasnya

Turut hadir dalam sesi Taklimat Pembinaan Dewan Terbuka itu adalah Yang DiPertua PAS Marang merangkap Setiausah Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Ketua Pemuda PAS Marang merangkap Exco Pemuda PAS Pusat Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

Sedutan video sidang media bersama presiden PAS



Sumber: Buletinonline.net
Dikuasakan oleh Blogger.