Header Ads

Ibrahim Ali merapu lagi untuk tarik perhatian, usah mimpi nak menang PRU-13 la

WarkahDaily – Oi Ibrahim Ali! hang tau dak Malaysia kat mane, Singapura kat mane? Hang jangan perasan la, Singapura dah lama dah keluar dari Malaysia, dulu puak-puak hang ler yang duk gadai Singapura kat Lee Kuan Yew, hang tak ingat ka?

Walaupun Pakatan Rakyat (PR) menentang segala jenis kezaliman tidak kira di Malaysia bahkan seluruh dunia tapi Ibrahim perlu tahu yang kita tiada hak untuk campuri urusan negara lain.

Dengan kata mudah untuk difahami Ibrahim Ali (gambar kanan), pasai apa duk sibuk nak ambil tahu pasal negara orang sedangkan kat negara sendiri pun masih lagi tak terkawal.

Sebelum ini, presiden Perkasa Ibrahim Ali meminta komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP supaya mencadangkan kepada negara Singapura yang tiada kena mengena dengan perjuangan komponen PR itu untuk memansuhkan ISA.

Bagi penulis WarkahDaily (WD), jika Umno-BN masih lagi tak gadai Singapura sebelum ini (masih dalam Malaysia), barulah logik permintaan Ibrahim Ali tapi sekarang dah terlambat. Nak buat apa lagi sebuah parti yang tiada kena mengena dengan sesebuah negara, tiba-tiba nak minta hapuskan sesuatu dasar negara berkenaan.

Yang sepatutnya berlaku, bukan Ibrahim mencabar untuk menghapus ISA di Singapura tetapi perlu bersama-sama PR supaya ISA di Malaysia dihapuskan. Tapi di mana Ibrahim ketika itu?

Padahal, Ibrahim bukan sahaja tidak mahu ISA dihapuskan malahan beliau memberi sokongan tidak berbelah bahagi mempertahankan akta zalim itu diteruskan dan dikekalkan.

Dipetik dari Merdekareview, kata Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari (gambar kiri), permintaan Ibrahim Ali adalah sesuatu yang sukar difahami.

Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?

Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Ibrahim? Umum mengetahui bahawa DAP adalah sebuah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Kami menentang penggunaannya bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia ini. Ini adalah selaras dengan pendirian DAP yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan.

Saya rasa jika Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai “berjaya mengekalkan keamanan”, beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?
Dikuasakan oleh Blogger.