Header Ads

Jasin: 40 ahli Umno sertai PAS


Azahari menyerahkan borang permohonan keahlian PAS dari 40 ahli Umno kepada Kintan sambil disaksikan Bob Lokman. | foto HD

40 ahli Umno daripada tiga cawangan di Unit Peti Undi Seri Mendapat, Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Jasin, di sini telah mengistiharkan keluar Umno dan menyertai PAS Cawangan Felcra Lembah Kesang.

Borang permohonan keahlian telah disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan, Azahari Md Shah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man sambil disaksikan oleh Bob Lokman pada program ceramah beliau yang diadakan di Seri Mendapat, baru-baru ini.

Menurut Azahari bahawa gerakerja secara tersusun bagi penambahan ahli baru yang dilaksanakan selama ini telah berjaya dengan kemasukan empat puluh orang ahli ke dalam PAS Cawangan dan kebanyakkannya terdiri daripada golongan pemuda.

"Ianya menyuntik semangat kepada kami untuk meningkatkan lagi gerakerja, lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU13 yang semakin tiba dan dengan pelbagai isu yang melanda negara kita kini termasuk di Felcra dan Felda," ujarnya.

Manakala, Bob Lokman dalam ucapannya menegaskan kepada anak muda supaya menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS kerana ianya selari dengan Islam dan memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

"PAS parti dakwah, bukan kata PAS dan Umno sama macam Manchester United dengan Arsernal iaitu siapa pandai kelecek dapat jaring gol dia menang, perjuangan PAS dan Umno jauh beza, ini anak muda kena faham.

"Umno pejuang dasar 1Malaysia, Islam Hadhari, DEB dan Buku Hijau tapi PAS perjuangkan dasar Islam, penjajah dah jauhkan kita dari Islam datang Umno pula tak kuatkan Islam maka hina kita hari ini di mana kita sebelum ini dapat kemuliaan kerana Islam," kata beliau.

Bob Lokman turut menempelak Umno yang hanya berdiam diri walaupun Islam dihina oleh pemimpin MCA, Chua Soi Lek yang mengugut untuk keluar daripada BN sekiranya Umno melaksanakan hukum hudud.

"Kita kena tebang dan tanam semula BN ini dengan digantikan Pakatan Rakyat untuk ubah negara ini dan bagi mengubah nasib kita semua," tambahnya.
template joomla

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.