Header Ads

Johor: Ahmad Maslan akur dengan desakan Facebooker

PONTIAN: Kebangkitan dan perkembangan dari media baru nyata mencemaskan Datuk Ahamd Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah didakwa terpaksa akur dengan satu desakan berhubung isu jalan berlubang yang disiarkan secara meluas dalam laman sosial facebook dan blog terkenal.

Difahamkan, setelah tuntutan berkenaan masalah itu disebarkan dan mendapat respon daripada penduduk di daerah ini membuatkan ahli Parlimen itu hanya bertindak sekadar menampal jalan di kawasan terbabit sahaja

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang, pihaknya kesal dengan apa yang dilakukannya dan menganggap tindakan Ahmad itu sekadar melepaskan batuk ditangga.

Sedangkan katanya, sebagai wakil rakyat Ahmad mempunyai banyak peruntukan dan wajar sepanjang jalan dari arah sempadan Batu Pahat ke Pontian itu diturap sepenuhnya bukan ditampal.

”Kita lihat sempadan sahaja seperti jalan ke arah Batu Pahat seperti lebuh raya. Bila masuk sahaja ke sempadan Pontian, banyak lubang dan lopak. Ini membahayakan keselematan pengguna jalan raya.

”Malah lebih teruk lagi. Di persimpangan lampu isyarat Pekan Benut. Bayangkan ada lubang sebesar tempayan. Beberapa hari lalu ada seorang penunggang motorsikal jatuh gara-gara tidak sedar ada lubang,” terang beliau lagi.


Semalam, ibn bacoks menyiarkan satu lawatan telah dilakukan oleh rombongan PAR Benut ke kawasan berkenaan dan menuntut supaya ahli parlimen Pontian itu bertindak segera supaya kejadian yang tidak dingini terus berlaku.

Ustaz Atan dilaporkan berkata, pihaknya akan mendirikan papan tanda berbunyi, Awas ! Jalan Rosak, kemudian dipacak bendera PAS berhampiran kawasan yang berlubang itu sebagai simbolik kepada kerajinan YB Ahmad Maslan mempromosikan rakyat didahulukan.

Malah, Ustaz Atan yang merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor itu menambah pihaknya telah menerima banyak aduan berhubung masalah ini dan satu gerakan mengumpul tanda tangan bagi menuntut kerajaan UMNO segera bertindak bakal diusahakan.

Pendedahan ini turut mendapat liputan khas dari laman-laman web terkenal seperti Selatan Online dan Nusajayakini selain disebarkan melalui laman facebook.

”Pendedahan ini hanya isu yang dianggap remeh bagi Ahmad Maslan. Kami masih banyak lagi isu dan masalah keperitan rakyat di kawasan Pontian akan didedahkan sedikit masa lagi,” tegas beliau lagi.

Terdahulu, beliau berkesempatan melakukan lawatan ke Unit Peti Undi (UPU) Sanglang dan menyampaikan bantuan kepada seorang mangsa tragedi hujan air batu yang menimpa Pekan Sanglang beberapa hari lalu.

Dalam kejadian ribut dan hujan air batu baru-baru ini menyebabkan sejumlah 15 buah rumah rosak teruk terutama di bahagian bumbung rumah masing-masing.

Sumber: Selatanonline.net
Dikuasakan oleh Blogger.